Adalah benar, sebagai peminat sulam ayak kerawang, anda akan mengkehendaki fabrik anda disulam dengan corak kerawang yang indah. Pun begitu, disebabkan anda adalah peminat sulaman ayak kerawang ini, sudah barangpasti anda akan berasa bosan melihat rekaan sulam kerawang yang dihasilkan itu lebih kepada rekaan statik serta stereotaip. Ini disebabkan anda dapat melihat untuk setiap hasil sulam ayak kerawang anda, hanya warna benang sulamnya sahaja yang ditukar tetapi motif coraknya adalah sama.
Reka Hasil Corak Sulaman Kerawang Sendiri.
Disebabkan itu, sudah semestinya anda berkeinginan menghasilkannya sendiri untuk menikmati kepuasan yang lebih kerana anda sememangnya amat sangat menyukai seni sulaman ayak kerawang ini. Dan sebagai persediaan awal untuk mempelajari sulam ayak kerawang ini, anda mesti memiliki minat yang mendalam. Tanpa minat yang mendalam atau seluruh jiwa raga dengan seni sulam ayak kerawang ini, anda akan menghadapi kebuntuan sewaktu menguasainya biarpun anda dapat mempelajarinya. Keduanya, anda harus wajib mengenali guru atau sesiapa sahaja yang sungguh berpengalaman dalam sulam ayak kerawang ini untuk mengajar anda dengan benar serta sempurna.
Halangan Semasa Mempelajari Sulaman Ayak Kerawang.
Dan pastinya, waktu merupakan tembok penghalang atau kekangan utama kepada anda untuk terus bersungguh-sungguh menyulam kerawang sampai mahir.
Persoalannya, berjayakah anda membahagikan waktu anda dengan kerja yang anda miliki kini dengan keinginan terhadap sulaman ayak kerawang ini?
Masa Fleksibel Dalam Mempelajari Sulaman Kerawang.
Selain waktu dan masa yang fleksibel, anda juga mesti meneliti kaedah bengkel yang akan disampaikan. Ini disebabkan dalam sulam kerawang ini, anda tak mampu belajar semasa keadaan yang tertekan atau stres. Anda perlu belajar secara santai mengikut masa santai anda iaitu pada bila-bila masa yang anda gemar.
Mahirkan Diri Anda Di dalam Online Courses Sulaman Kerawang.
Hakikatnya, kesemua permasalahan di atas boleh anda elakkan atau atasinya dengan mempelajarinya secara online. Ini kerana setiap cara sulam ayak kerawang akan diajar secara berkala kepada anda sepertimana guru mengajar berada di hadapan anda.
Justeru, jangan lupa mendaftar online courses sulam kerawang anda hari ini sebagai jalan untuk anda bukan sahaja mempelajari kemahiran sulam ayak kerawang ini tetapi sebagai jalan untuk menguasainya.

Ikhlas,
Syahida Ramli,
Pengasas, Butik dan Akademi Sulaman Sri Classic Collection,
Moderator, Online Courses Sulaman Kerawang.
