Teknik Sulaman Kerawang Menggunakan Mesin Jahit Domestik

  • Moderator
  • January 9, 2011 10:40 pm
  • ,

Jika dahulu, saya sering tertanya-tanya kepada diri sendiri, adakah saya mampu mempelajari dan menguasai sulaman kerawang ini kerana saya hanya memiliki mesin domestik sahaja. Pada waktu tersebut seingat saya, untuk memegang pemidang pun saya tidak pandai. tetapi hati dan semangat yang berkobar-kobar menjadikan saya minat untuk mempelajarinya.

Mencari dan Belajar Sulaman Kerawang Menggunakan Mesin Domestik

Puas mencari penyulam yang profesional, akhirnya saya berjumpa dengan seorang wanita tua yang tinggal di kawasan ladang kelapa sawit nin jauh di pedalaman semenanjung. Katanya, beliau hanya menyulam kerawang menggunakan mesin domestik. Iaitu mesin yang dikayuh dengan kaki. Hah! Inilah individu yang saya cari-cari selama ini.

 Pakar Dalam Menyulam Kerawang

Ini kerana, saya ingin melihat bagaimana beliau memulakan asas sulaman kerawang dengan menggunakan mesin domestik. Sebagai mana yang anda sedia maklum, pada zaman sekarang, mesin domestik sudah jarang digunakan untuk menghasilkan sulaman kerawang. Tapi yang nyata, sulaman kerawang yang dihasilkan dengan menggunakan mesin domestik, sebenarnya lebih cantik berbanding dengan rekaan sulaman kerawang yang menggunakan mesin sulam industri. Walaupun cara ayaknya sama, namun hasil seninya berbeza.

Asas Sulaman Kerawang

Asas sulaman kerawang yang menggunakan mesin domestik pula tidak seperti mesin sulaman kerawang yang lain kerana mesin ini hanya berfungsi dengan garis jelujur sahaja. Ia semuanya dilihat di kendalikan sepenuhnya oleh seseorang penyulam. Di sinilah kita dapat melihat kehebatan seseorang penyulam itu setelah beliau dapat menunjukkan skil kemahiran sulaman kerawang yang sebenar.

Lakukan Garis Lurus Untuk Mahir Asas Sulaman Kerawang

Bermula dengan garis lurus diturunkan menjadi garisan yang menegak secara berasingan dalam satu barisan. tetapi caranya ialah, anda tidak perlu mengangkat atau mengalihkan atau menggunting benang yang ingin dihasilkan bagi barisan melintang tersebut. Seterusnya, apa yang perlu anda lakukan ialah dengan menghasilkan seperti bentuk zig zag atas bawah atas bawah. Apabila anda dapat menghasilkan asas kerawang ini, barulah anda dapat mengawal pergerakan tangan anda semasa menyulam nanti.

Untuk itu selamat belajar!

Ikhlas,

Syahida Ramli

Pengasas Butik Akademi Sulaman Sri Classic

Moderator Online Courses Sulaman Kerawang


Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.