Mari Belajar Sulaman Mesin Asas
Belajar kaedah menyulam kerawang secara asas menggunakan mesin domestik, mesin mudah alih dan mesin sulam industri anda. Terbitan eBook Mari Belajar Sulaman Mesin Asas ini pasti membuka minda anda dalam mengetahui kaedah menyulam menggunakan mesin jahit dan mesin sulam anda.
Pelajari Kaedah Menyulam Asas Menggunakan Mesin Domestik, Mesin Mudah Alih, dan Mesin Sulam Industri
Tajuk : Mari Belajar Sulaman Mesin
Penulis : Syahida Bte Ramli, Pengasas Akademi Sulaman Sri Classic
Halaman : 82 Muka surat (Full Colour)
Cara Pembelian : Bayar & Muat Turun
Harga Asal : RM65.00
Harga Promosi : RM50.00
Dari Meja Pengarang,
Puan Syahida Ramli.
Kepada Para Peminat Sulaman Kerawang, adakah anda pernah menghadapi situasi seperti ini:-
1. Anda membeli mesin jahit untuk menyulam atas cadangan penjual dan anda masih tidak mahir menyulam menggunakan mesin tersebut lagi sehingga kini.
2. Anda membeli mesin jahit untuk menyulam dengan jaminan sesi pembelajaran diberikan percuma kepada anda, tetapi malangnya penjual tersebut menyepi selepas pembayaran dilakukan.
3. Anda kini mempunyai lebih dari satu mesin jahit untuk menyulam ekoran cadangan rakan anda yang akhirnya kesemuanya tidak juga membolehkan anda menyulam.
4. Anda masih tidak pasti sama ada mesin jahit yang anda miliki sekarang ini adalah sesuai untuk menyulam atau terdapat mesin khas lain yang digunakan untuk menyulam.
5. Anda telah mengikuti banyak bengkel sulaman kerawang sama ada bersama berbayar ataupun melalui agensi dan persatuan, namun masih tidak mahir menyulam.
Hakikatnya, biarpun apa pun situasi yang pernah anda hadapi dan alami, percayalah anda merupakan antara ratusan peserta kami yang bertandang ke premis kami untuk mempelajari kemahiran sulaman kerawang ini dan menyatakan perkara yang sama.
Tidak kira dari mana dan siapa yang mengajar anda, sebenarnya anda perlu mempelajari kaedah asas sulaman secara terperinci daripada individu yang benar-benar berpengalaman sahaja.
Kini, berita baik untuk anda!!
Berdasarkan 20 tahun pengalaman dalam bidang sulaman yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain, sehingga diiktiraf sebagai Pakar Sulaman dan Apparel dari Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia, Puan Syahida akan berkongsi bersama anda tentang kaedah-kaedah asas sulaman kerawang untuk anda pelajari secara terperinci satu demi satu.
Mari Belajar Sulaman Mesin Asas di bahagikan kepada beberapa bab, di antaranya:
BAB 1 : MENGENAL KEMAHIRAN SULAMAN

Pelajari sedikit sebanyak tentang asal usul kemahiran sulaman. Dan juga ketahui jenis-jenis seni sulaman kerawang yang sedia ada. Serta mari bersama-sama menyingkap rahsia dan potensi sulaman kerawang dan banyak lagi…
BAB 2 : KENALI MESIN SULAM

Mari mengenal mesin jahit yang sesuai untuk menyulam kerawang. Kenal pasti fungsi dan komponen penting yang perlu ada dalam mesin jahit anda sebelum boleh diguna pakai untuk menyulam. Mari belajar mengubahsuai fungsi mesin jahit domestik dan mudah alih untuk menyulam. Dan dapatkan tips dan kelebihan setiap mesin jahit dalam menyulam. Serta banyak lagi…
BAB 3 : KENALI PERALATAN MENYULAM

Bersama-sama mengetahui alatan penting untuk menyulam. Serta mengenal alatan sampingan yang digunakan untuk menyulam.
BAB 4 : KAEDAH MENEKAP CORAK PADA FABRIK

Pelajari beberapa kaedah melakar & menekap corak di atas fabrik. Juga dapatkan tips dan rahsia menghasilkan corak yang mewah dan cantik. Jangan lupa untuk mengikut beberapa peraturan-peraturan asas sewaktu melakar dan menekap corak sulaman anda. Dan banyak lagi…
BAB 5 : KAEDAH MENGUNCI KAIN DI PEMIDANG

Pelajari teknik mengunci kain di pemidang. Juga beberapa tips dan langkah sampingan bagi memastikan pemidang anda sesuai digunakan untuk menyulam.
BAB 6 : MENYULAM MENGGUNAKAN MESIN MUDAH ALIH

Mengubahsuai mesin jahit mudah alih mahupun domestik anda sebelum boleh digunakan untuk menyulam. Pelajari cara untuk menyelaras mesin jahit. Ketahui kaedah terbaik dan penting bagu memastikan sulaman anda kemas dan cantik. Serta dapatkan beberapa tips menyulam menggunakan mesin mudah alih. Dan banyak lagi…
BAB 7 : KAEDAH MENYULAM CORAK SULUR

Teknik menyulam corak sulur diajar secara langkah demi langkah dengan paparan foto yang jelas dan terperinci. Juga terdapat tips dan rahsia untuk diguna pakai sewaktu menyulam sulur anda yang pertama.
BAB 8 : MENYULAM MENGGUNAKAN MESIN DOMESTIK

Mengubahsuai mesin domestik anda sebelum digunakan untuk menyulam. Pelajari komponen penting mesin untuk diselaraskan. Pelajari secara langkah demi langkah dengan foto dan gambar halaman berwarna warni.
BAB 9 : KAEDAH MENYULAM CORAK DAUN

Ketahui teknik menyulam corak daun terus ke fabrik yang dipersembahkan secara langkah demi langkah. Juga tidak ketinggalan beberapa tips dan rahsia untuk menyulam corak daun di atas fabrik anda.
BAB 10 : MENYULAM MENGGUNAKAN MESIN SULAM INDUSTRI

Mari belajar menyelaras mesin sulaman industri anda. Ketahui kesesuaian dan kelebihan Mesin Sulam Industri. Serta beberapa tips menyulam menggunakan mesin ini. Dan banyak lagi…
BAB 11 : KAEDAH MENYULAM CORAK BUNGA

Pelajari teknik menyulam corak bunga yang indah menggunakan mesin sulam terus di atas fabrik anda. Dan banyak tips dan rahsia yang boleh anda perolehi di sini.
Anda Sudah Bersedia?!
Lakukan Tempahan Anda Hari Ini!!
Tajuk : Mari Belajar Sulaman Mesin
Penulis : Syahida Bte Ramli, Pengasas Akademi Sulaman Sri Classic
Halaman : 82 Muka surat (Full Colour)
Cara Pembelian : Bayar & Muat Turun
Harga Asal : RM65.00
Harga Promosi : RM50.00


