Online Courses Jahitan Manik
Pelajari kemahiran sulaman manik secara terus bersama Akademi Sulaman Sri Classic. Terdapat hampir 45 teknik sulaman manik disediakan dari yang mudah hingga kepada teknik yang lebih komplikated.
Belajar Teknik serta Cara menjahit manik dengan betul, pantas dan berkesan secara video HD Online bersama Akademi Sulaman Sri Classic. Setiap segmen jahitan manik mengajar anda bermula dari jarum dikeluarkan dari bawah fabrik hingga kepada jarum disusup dan dimatikan semula. Anda pasti mampu mahir menjahit manik selepas tamat belajar secara online bersama kami.
Dari Meja Pengasas,
Online Courses Sulaman Manik
Assalamualaikum,
Jika anda benar-benar ingin menguasai dan memahirkan diri anda di dalam kemahiran jahitan manik… maka inilah pesanan dan mesej yang penting untuk anda teruskan bacaan anda.
Ini kerana,
Buat julung-julung kalinya, Akademi Sulaman Sri Classic memperkenalkan kepada anda ‘Online Courses Sulaman Manik’ yang mampu merealisasikan impian anda untuk menguasai kemahiran dalam bidang jahitan manik dan bukan sekadar mempelajarinya sahaja mengikut masa lapang anda tanpa stres dan tanpa gangguan.
Malahan, anda bukan sahaja belajar tetapi menguasai segala-galanya dari teknik, aplikasi dan tips jahitan manik bersama kami.
Belajar, Kuasai dan Mahir Jahitan Manik Bersama Kami
[sws_divider_padding]
Ketahuilah.. Untuk Menguasai Kemahiran Jahitan Manik Sepenuhnya, Anda Perlu Mendapat Bimbingan Selepas Bengkel Jahitan Berlangsung Sepenuhnya Daripada Pengajar Anda.
[sws_divider_padding]
Namun.. Ia adalah mustahil jika anda mengikuti bengkel jahitan manik secara fizikal. Dan selalunya bayaran ekstra dikenakan setiap kali anda ingin bertanya atau inginkan bimbingan lanjut daripada Tenaga Pengajar Jahitan Manik anda. Dan itulah hakikatnya, kerana pengajar anda juga insan yang mempunyai komitmen lain dalam kehidupan seharian mereka.
Tetapi perkara tersebut tidak akan berlaku di dalam Online Courses Sulaman Manik ini, di mana kami memberikan anda peluang untuk berinteraksi secara langsung 24/7 bersama Tenaga Pengajar anda dan juga Pengasas Akademi Sulaman Sri Classic sendiri iaitu Cikgu Syahida Ramli. Anda bebas bertanya menggunakan platform yang disediakan, SMS, atau menelefon terus kami untuk mendapatkan penjelasan yang lebih cepat dan pantas tentang apa jua permasalahan anda sewaktu mahupun selepas mengikuti sesi pembelajaran jahitan manik yang disediakan.
[sws_divider_padding]
Mahukah Anda Jika…
[sws_divider_padding]
![]()
Hanya Dengan Menggunakan Internet, anda boleh mempelajari setiap teknik jahitan manik mengikut kehendak dan kesesuaian masa lapang anda sama ada pagi, tengahari, petang, ataupun malam.
[sws_divider_padding]
![]()
Dengan Sistem Video Streaming HD, anda mampu melihat dengan jelas setiap langkah teknik jahitan manik yang ditunjukkan dengan mudah.
[sws_divider_padding]
![]()
Dengan Hanya Mengakses Platform Anda,semua video teknik, aplikasi dan tips jahitan manik boleh diulang tayang tidak kira waktu, pada bila-bila masa mengikut keperluan anda.
[sws_divider_padding]
![]()
Anda berpeluang menguasai kemahiran jahitan manik untuk setiap teknik yang dipelajari setiap minggu dan bukan sekadar hanya belajar sahaja.
[sws_divider_padding]
![]()
Setiap sesi teknik jahitan manik dijalankan, anda hanya perlu melihat, mendengar dan berinteraksi bersama tenaga pengajar tanpa batasan.
[sws_divider_padding]
![]()
Anda berpeluang berdiskusi secara terus dengan Pengasas Akademi Sulaman Sri Classic sendiri 24/7 tanpa batasan sama ada secara eMel, ruangan sapa menyapa mahupun ruangan diskusi.
[sws_divider_padding]
Kenapa.. Kami Memberikan Respon dan Melayan Anda 24/7 Tanpa Batasan.. Tidak Kira Sama Ada Anda Menanyakan Soalan Yang Sama Ataupun Tidak?
[sws_divider_padding]
Ini kerana sebagai Panel NOSS Persijilan Kemahiran Malaysia dan Panel Pakar Runding MARA Malaysia yang berdaftar, kami memegang amanah dan tanggung jawab untuk memastikan apa jua yang anda pelajari di dalam Online Courses Sulaman Manik ini, mampu dijanakan menjadi pendapatan tetap mahupun pendapatan sampingan anda.
Dalam erti kata lain, kami merangka dan membina serta memastikan (dengan izin Allah) bahawa anda benar-benar sukses dan menjadi usahawan sulaman sejurus selepas anda menamatkan sesi pembelajaran jahitan manik bersama kami.
[sws_divider_padding]
[sws_picture_frame4 src="http://wanitamuslimah.com/wp-content/uploads/2010/01/akhbar-wanita.jpg" title="Sri Classic Di Dalam Akhbar" align="sws_frame_center"] [/sws_picture_frame4]
[sws_divider_padding]
Tenaga Pengajar Merupakan Tenaga Pengajar Yang Diiktiraf Selain Berpengalaman Dalam Bidang Sulaman dan Jahitan Manik Menjangkau 23 Tahun bermulanya 2011 ini!
[sws_divider_padding]
[sws_2_column title=""]
[/sws_2_column]
[sws_2_columns_last title=""]
[/sws_2_columns_last]
Puan Syahida Ramli merupakan Panel Pakar Tunggal Sulaman Dalam NOSS Persijilan Kemahiran Malaysia, Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia semenjak 2008 lagi. Beliau juga merupakan Panel Pakar Runding MARA Malaysia dalam Bidang Sulaman dan Aksessori Wanita serta Keusahawan Wanita semenjak 2009 lagi.
Puan Syahida Ramli dan Sri Classic Collection telah mengendalikan hampir 107 sesi bengkel bersama Agensi Kerajaan mahupun Swasta semenjak penubuhan Akademi Sulaman Sri Classic pada 2008. Bagi bengkel secara individu dan orang perseorangan, beliau telah mengajar hampir 2753 orang peserta sehingga Januari 2010. Dan angka tersebut bertambah dari sehari ke sehari.
[sws_divider_padding]
Ciri-Ciri Online Courses Jahitan Manik
Online Courses Sulaman Manik mengandungi beberapa ciri dan kesitimewaannya yang tersendiri. Sama ada dari segi modul teknik, platform keahlian, sistem pembelajaran dan sebagainya. Bagi meyakinkan anda, berikut adalah di antara ciri-ciri dan kesitimewaan yang terdapat di dalam Platform Online Courses Sulaman Manik ini.
[sws_divider_padding]

Lebih 45 Teknik Jahitan Manik
Pelbagai teknik jahitan manik bermula dari teknik yang mudah hingga kepada teknik manik yang lebih komplikated dan mewah untuk dipelajari dan dikuasai. Setiap langkah akan dipertontonkan kepada anda secara jelas dan terang menggunakan video HD tanpa dipotong mahupun dilangkau mana-mana langkah. Ada kalanya hampir 30 minit tayangan untuk setiap teknik agar memberikan kefahaman yang mendalam kepada anda.
[sws_divider_padding]

Terdapat Lebih 185 Tips Jahitan Manik dan Rahsia Dikongsi
Tiba masanya untuk anda mengetahui rahsia dan kaedah yang betul dalam memperkemaskan setiap jahitan manik anda. Setiap tips dan rahsia kekemasan diolah untuk anda berdasarkan pengalaman pengasas Butik Sulaman Sri Classic yang telah mendalami ilmu sulaman manik ini sejak berumur 9 tahun lagi. Jika anda bercadang untuk menjadikan bidang sulaman manik ini sebagai sumber pendapatan sampingan mahupun tetap, maka inilah segmen yang paling penting dalam setiap teknik yang diajarkan.
[sws_divider_padding]

Terdapat Lebih 93 Contoh Rekaan Jahitan Manik Sebenar
Anda boleh melihat dan mendapatkan idea tentang hasil setiap teknik jahitan manik yang dipelajari. Malahan setiap rekaan akan diupdates dari semasa ke semasa. Setiap rekaan sulaman manik akan dihurai satu persatu kepada anda supaya anda boleh menjadikannya sebagai panduan dan pedoman dalam rekaan jahitan manik anda.
[sws_divider_padding]

Muat Turun Nota-Nota Jahitan Manik Yang Berwarna Warni
Nota setiap teknik jahitan manik disediakan dengan paparan berwarna warni untuk anda memuat turun ke dalam komputer anda atau mencetaknya sebagai rujukan anda. Malahan setiap nota yang diberikan, tidak sedikit pun melangkau mana-mana langkah bagi memudahkan anda memahaminya dengan lebih jelas. Ini kerana kami juga seperti anda dan memahami kehendak anda.
[sws_divider_padding]

Paparan Kesemua Segmen Jahitan Manik Dalam Video Streaming HD
Belajar setiap teknik, aplikasi, contoh, tips dan rahsia secara video streaming HD. Kesemuanya dirakam menggunakan 4 buah kamera beresolusi tinggi HDD untuk memberikan paparan dan tayangan yang lebih jelas dan memuaskan. Yang pastinya anda akan dapat melihat dengan jelas bermula dari jarum ditusukkan sehinggalah ia dimatikan.[sws_divider_padding]

Sijil Penyertaan Disediakan
Sebagai Panel NOSS Persijilan Kemahiran Malaysia dan Panel Pakar Runding MARA Malaysia, kami akan mengeluarkan sijil kepada anda yang berjaya menamatkan kesemua Modul Sulaman Manik. Kos penghantaran sijil akan ditanggung pihak kami untuk anda yang berada di Malaysia, Sabah dan Sarawak.
[sws_divider_padding]

Akses 24/7
Tiada had untuk anda mengakses platform keahlian jahitan manik anda. Anda bebas mengakses 24 jam sehari untuk tempoh 7 hari tidak kira waktu dan masa. Asalkan kata laluan anda tidak dikongsi dengan sesiapa. Malahan setiap video teknik dan sebagainya boleh diulang tayang sekerap mana yang diinginkan. Jika anda masih tidak faham dengan jelas mana-mana teknik jahitan manik, anda boleh menontonnya semula.
[sws_divider_padding]

Akses Mengikut Masa Lapang Anda
Memandangkan akses platform keahlian manik anda adalah 24/7, maka anda berpeluang mengakses mengikut masa lapang anda. Jika anda merupakan individu yang sibuk dengan tugasan harian sama ada bekerja sepenuh masa mahupun suri rumah sepenuh masa, maka anda boleh mempelajari teknik-teknik sulaman manik ini mengikut waktu yang sesuai untuk anda.
[sws_divider_padding]

Modul Secara Berkala
Bagi membolehkan anda memahami dan menguasai kesemua Modul Jahitan Manik yang diberikan, maka setiap segmen teknik, aplikasi, contoh, tips dan rahsia akan diberikan secara berkala, sedikit demi sedikit. Ini bertujuan membolehkan anda membuat latihan, memperbaiki kesalahan dan lebih fokus kepada setiap teknik manik yang diajarkan secara mudah, tanpa stres dan lebih praktikal.[sws_divider_padding]

Berdiskusi Secara Langsung 24/7
Anda boleh berdiskusi secara langsung dan bebas bersama Pengasas Akademi Sulaman Sri Classic sendiri untuk tempoh 24/7 tanpa batasan. Gunakan kesempatan ini untuk mendalami setiap teknik sulaman manik yang anda pelajari. Anda boleh berdiskusi menggunakan ruangan yang disediakan di dalam platform manik anda, ataupun anda juga boleh terus menelefon dan SMS kepada beliau untuk mendapatkan respon secara spontan.
[sws_divider_padding]

Rundingan Seumur Hidup
Jika anda telah berjaya menamatkan kesemua modul Online Courses Sulaman Manik, anda masih bebas bertanya dan meminta khidmat nasihat secara terus bersama Puan Syahida sendiri sama ada menggunakan telefon, SMS ataupun eMel. Dan ia adalah percuma seumur hidup anda. Kami sedia membantu dan berkongsi bersama anda pada bila-bila masa dan waktu.
[sws_divider_padding]

Mesra Pengguna.
Hanya Log Masuk dan mulakan proses pembelajaran anda.
Anda tidak perlu pakar dalam IT untuk menggunakan platform ini. Jika anda tahu menaip dan membuka Internet, anda pastinya dapat menggunakan platform Online Courses Manik ini sepenuhnya.
[sws_divider_padding]

Fonts dan Design Yang Besar.
Bagi memudahkan anda menikmati dan lebih fokus dengan setiap modul yang diberikan, maka design Fonts atau Huruf platform Online Courses Manik ini adalah besar serta mudah dibaca. Malahan design platform keseluruhannya adalah bersih dan kemas tanpa pelbagai menu yang berserabut.
[sws_divider_padding]

Ruangan Borak.
Anda boleh berinteraksi bersama rakan dan sahabat online manik yang lain di dalam platform. Inilah masanya untuk anda mengenal antara satu dengan yang lain.
[sws_divider_padding]

Ruangan Diskusi.
Ruangan diskusi juga disediakan untuk anda berbincang dan berdiskusi secara langsung bersama moderator sulaman manik anda iaitu Pengasas Akademi Sulaman Sri Classic, Puan Syahida sendiri. Utarakan segala permasalahan anda, dan paparkan segala hasil kerja anda untuk dinilai dan diperbetulkan bersama-sama.
[sws_divider_padding]

Ruangan Bonus.
Terdapat 2 ruangan bonus untuk anda iaitu bonus istimewa dan bonus point. Bagi ruangan Bonus Istimewa, setiap daripada anda akan layak memperolehinya sejurus selepas anda mendaftar.
Bagi Bonus Point pula, anda berpeluang mempelajari dan memperolehinya jika anda berjaya mencapai point yang ditetapkan. Di sinilah, jika anda mahukan bahan pembelajaran yang lebih, maka anda boleh memperolehinya berdasarkan point yang anda kumpul.
You must be logged in to post a comment.
Related Products
-
Online Courses Sulaman Riben
Pelajari pelbagai teknik sulaman riben untuk hiasan dekorasi dalaman anda mahupun sesuai dipadankan untuk busana anda. ..More Info
add to cartRM100RM50 -
Online Courses Sulaman Tangan
Pelajari kemahiran sulaman tangan secara online bersama Akademi Sulaman Sri Classic. Belajar sulaman tangan benang tanpa perlu menghadiri bengkel secara fizikal tetapi belajar ribe..More Info
add to cartRM150RM80 -
Online Courses Sulaman Kerawang
Pelajari dan kuasai sulaman kerawang secara online bersama Akademi Sulaman Sri Classic. Dari sulaman biku hingga ke sulaman kerawang, kesemuanya dapat dipelajari di sini...More Info
add to cartRM180RM100

